Halal Haram Zenith Gold

Hukum Halal Haram Zenith Gold

hukum syarak program zenith gold

Apakah hukum program Zenith Gold dalam islam.
Adakah ianya patuh syariah?
Adakah ianya Halal..?
Adakah ianya Haram..??

*******************************

Merujuk kepada blog Abmuhaimin bertajuk
Pelaburan Emas : Halal atau Haram
http://abmuhaimin.blogspot.com/2011/09/pelaburan-emas-halal-atau-haram.html?m=1

2 perkara yang akan dilihat untuk menentukan sama ada satu satu perniagaan itu Halal atau Haram adalah perniagaan tersebut tidak termasuk kedalam unsur Gharar dan Riba.

Gharar (Tidak pasti) : Adalah keadaan dimana satu satu urusan yang dilakukan itu tiada transaksi seperti jual barang atau produk yang tidak nampak. Tidak diketahui nilai secara umum, barang belum wujud, transaksi yang tidak diketahui bila manfaatnya akan diperolehi.

Didalam Zenith Gold, transaksi berlaku selepas pendaftaran dibuat dan direkodkan walaupun tidak menjalankan urusan jual beli secara online bukan fizikal tetapi ia jelas bermanfaat selepas tempoh yang telah ditetapkan iaitu 400 hari.
Keadaan ini sama seperti urusan ASB juga urusan pembayaran zakat secara online yang dipraktikkan di Malaysia dimana tiada produk fizikal dalam waktu jual beli tetapi mempunyai rekod transaksi.

Riba (Bunga/interest) yang melibatkan dua perkara.
1. Barangan Ribawi yakni melibatkan pertukaran emas dengan emas, perak dengan perak.
2. Keuntungan yang dijanjikan adalah tetap dan tempoh yang tetap.
Contoh, 2% setiap hari dari nilai pokok selama 6 bulan. 10% untuk tempoh 10 bulan termasuk pokok.

Di Zenith Gold, keuntungan yang diterima oleh pemegang akaun emas adalah tidak tetap. Ianya adalah berdasarkan turun naik harga emas dan juga tidak bersandarkan pada nilai modal atau pokok.

3. Maisir (Perjudian) : Merujuk kepada urusan yang yang bergantung kepada nasib atau tilikan.
contoh perniagaan yang jelas berunsur perjudian seperti perniagaan Nombor ekor atau TOTO. Atau perniagaan atau pelaburan yang melibatkan taruhan wang melebihi 2 orang yang akan ada satu pihak yang mendapat keuntungan daripada satu lagi pihak yang akan mengalami kerugian.

Di dalam Zenith Gold tiada unsur perjudian kerana ianya bukan berdasarkan nasib tetapi turun naik harga emas di pasaran. Juga tidak melibatkan taruhan wang kerana tidak ada mana mana pihak yang mengalami kerugian. Ianya lebih kepada perkongsian keuntungan dimana pelabur akan mendapat keuntungan di atas nilai pelaburan yang dibuat

Tambahan 1
Di bawah adalah kajian yang dibuat oleh JAKIM terhadap pelaburan emas Maybank dan Public Bank.

Setelah meneliti serba sedikit berkenaan produk pelaburan emas dan menghubungi pihak di 2 buah institusi di atas, JAKIM mendapati terdapat beberapa perkara yang meragukan.

1. Produk diletakkan di bawah perbankan konvensional dan tidak patuh syariah.

2. Pihak bank tidak menyatakan kewujudan emas yang dibeli sekiranya pelanggan ingin mengambil emas fizikal tersebut. Transaksi pelaburan emas pula hanya berdasarkan harga emas semasa dunia, ianya bercanggah dengan syarat sah jual beli emas iaitu:
a. Bank atau penjual memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b. Bank atau penjual memberikan bukti dan hak tassaruf (hak milik) kepada pelanggan samaada dalam bentuk emas fizikal atau sijil hak ke atas sejumlah emas yang dibeli yang mana sijil itu melayakkan pembeli menuntut emas fizikal pada bila bila masa yang dikehendakinya.

************************************************

Dari penerangan di atas, cuba dibuat perbandingan dengan program emas Zenith Gold.

Zenith Gold sememangnya memiliki emas kerana mereka adalah pengeluar emas dunia. Setiap emas yang dikeluarkan tertera logo ZG (Zenith Gold) yang jelas emas tersebut adalah milik Zenith Gold yang sah.

Zenith Gold juga telah membuktikan bahawa mereka akan menghantar emas fizikal kepada pelabur atau pembeli beserta sijil ke alamat rumah pelabur atau pembeli. Pelabur juga layak menuntut emas pada bila bila masa apabila cukup tempoh atau nilai emas tersebut.

Jadi disini Zenith Gold masih berada di atas garis panduan syarak urusniaga jual beli emas

Tambahan 2

Dalam urusan jual beli mesti ada penjual, pembeli dan akad. Dalam kes ini, Zenith Gold adalah penjual, manakala pelabur adalah pembeli manakala akaun pelaburan emas dan emas fizikal adalah produk yang akan diterima.

Ulama telah bersetuju bahawa akad telah berlaku apabila kedua dua pihak bersetuju dengan urusan yang dilakukan iaitu penjual setuju menjual dan pembeli setuju membeli. Apabila telah wujud login akaun, maka syarat di atas telah mejadi lengkap dan sah.

***********************************************************

Adakah jika pelaburan Zenith Gold dikatakan haram atau halal maka anda akan bersetuju 100%???

Bagaimana pula dengan pelaburan di Malaysia yang mendapat kelulusan dari kerajaan sedangkan ianya jelas bercanggah dari Islam.... Anda nilaikan sendiri dalam video dibawah...
HALAL HARAM ADALAH SATU PERKARA YANG SUBJEKTIF YANG MANA ANDA SUKAR MENDAPATKAN JAWAPAN MUTLAK 100% TEPAT APALAGI DALAM ZAMAN TEKNOLOGI SEKARANG


HUKUM HALAL HARAM PELABURAN asb


Blog, Updated at: 7:16:00 PM

0 comments:

Post a Comment