Penerangan Bonus Aktif ZenithGolds

Fahami Bonus Aktif ZenithGolds



Di dalam post ini, admin menceritakan profit pasif juga bonus aktif dalam ZenithGolds.
Dalam post ini admin akan menceritakan dengan sedikit detail cara susunan rangkaian dan bagaimana bonus aktif anda terjana.

Di dalam ZenithGolds seperti yang diketahui trdapat 5 bonus aktif
1. Bonus Sponser (30% dari CV modal downline)
2. Dual Team Bonus (40% dari ACV kiri dan kanan rangkaian)
3. Placemenet Bonus (1% dari CV modal/top up). Wajib taja 3 Downline
4. Matching ETA (3% profit overide). Wajib taja 5 Downline.
5. Rewards

Untuk memahami bonus aktif ZenithGold, anda perlu faham :
1. Cara susunan downline/rangkaian di bawah anda.
2. Memahami apa maksud CV dan ACV.

Di dalam ZG, rangkaian atau network disusun dalam bentuk binari (1 buka 2)


CV bermaksud Cash Value atau nilai point untuk setiap modal,.
CV bernilai 25% untuk setiap modal pelaburan.
Jika modal USD100, CV adalah 25CV (USD100 x 25%)
Jika modal pelaburan USD500, nilai CV adalah 125CV
Jika modal USD1000, nilai CV adalah 250CV.
Nilai CV ini digunakan dalam pengiraan untuk mengetahui bonus Referral dan bonus Placement

ACV bermaksud Accumulated Cash Value atau nilai point terkumpul. ACV ini adalah jumlah keseluruhan atau jumlah terkumpul CV dalam kumpulan kiri dan kumpulan kanan.
ACV ini digunakan dalam pengiraan untuk mengetahui Dual Team Bonus atau Pairing Bonus.
ACV ini terkumpul dari awal bulan hingga hujung bulan setiap bulan.
Setiap hujung bulan baki ACV kiri atau kanan akan di buang (Flushing)

Untuk memahami setiap bonus di atas, fahami jalan cerita di bawah.

Katakan anda menyertai ZG dengan modal pelaburan USD1000 pada 1 Jan 2017.
Pada ketika ini profit ETA anda telah berjalan.

***************************************************

Pada 2 Jan 2017, anda mendaftarkan akaun Isteri (Downline pertama) dengan modal pelaburan USD1000 (250CV). Susunan rangkaian anda akan jadi seperti di bawah.


Berapa ACV yang terkumpul di kiri dan kanan juga apakah bonus yang akan anda dapat dengan mendaftarkan akaun isteri, rujuk jadual di bawah


Keterangan jadual :
'Jumlah ACV Sebelum' adalah jumlah ACV sebelum bonus dual Team di bayar.
'Jumlah ACV Selepas' adalah baki ACV setelah bonus Dual Team di bayar.

Pengiraan setiap bonus adalah seperti di bawah :
1. Bonus Sponser (30% dari CV modal downline)
2. Dual Team Bonus (40% dari ACV kiri dan kanan rangkaian)
3. Placemenet Bonus (1% dari CV modal/top up rangkaian). Wajib taja 3 Downline
4. Matching ETA (3% Downline profit overide). Wajib taja 5 Downline.

Fakta : Akaun downline perlu di daftarkan oleh upline atau penaja dari akaun penaja itu sendiri. Tidak boleh didaftarkan dari akaun ZG orang lain. Jika di daftarkan dari akaun ZG orang lain, Bonus sponser akan diterima oleh oleh orang yang mendaftarkan akaun downline tersebut.

********************************************************

Pada 3 Jan 2017, anda mendaftarkan akaun downline ke-2 bernama Ahmad dengan modal USD500 (125CV) dan didaftarkan di sebelah kanan. Susunan rangkaian, ACV dan perolehan bonus adalah seperti di bawah.


Keterangan jadual :
Apabila akaun Ahmad didaftarkan ACV kiri dan kanan menjadi 250 kiri (CV dari isteri) dan 125 kanan (CV dari Ahmad).
Pengiraan bonus Dual Team adalah dengan mengambil nilai paling kecil dan sepadan antara ACV kiri dan kanan. Dalam kes ini, ACV yang kecil adalah di sebelah kanan iaitu 125ACV.
125 x 40% = 50.
Selepas bonus Dual Team 50 di bayar, 125ACV akan di buang dari kedua dua belah menjadikan baki ACV menjadi 125ACV kiri dan 0ACV kanan.

***************************************************

Pada 4 Jan 2017, Anda mendaftarkan akaun downline ke-3, Abu dengan modal USD1000 (250CV).
Pada ketika ini, ACV kiri dan kanan adalah 125 : 0, Untuk mendapatkan bonus Dual team, anda perlu meletakkan akaun Abu di sebelah kanan.
Susunan rangkaian, ACV dan perolehan bonus adalah seperti di bawah.


Keterangan jadual :
Dalam kes ini, walaupun Abu di letakkan di bawah Ahmad, Bonus Sponser tetap dibayar kepada anda, bukan kepada ahmad kerana anda yang mendaftarkan akaun Abu.

Apabila akaun Abu di daftarkan, ACV anda menjadi 125 : 250.
Bonus Dual Team adalah 50. Selepas bonus Dual Team di bayar, baki ACV kiri dan kanan adalah
0 :125.

Disebabkan Abu adalah downline Ke-3, maka, anda telah layak menerima Bonus Placement 1% dari setiap kemasukan CV atau downline di bawah rangkaian anda, tidak kira downline tersebut upline letakkan di bawah rangkaian anda, anda yang menaja, downline yang menaja atau downline melakukan top up, anda layak menerima 1% dari nilai CV setiap downline terbabit. Jika anda sendiri yang top up, anda juga akan menerima 1% dari CV modal anda.
Bonus placement ini di bayar sehingga 20 level (Level 1 bermula dari anda).
Dalam kes ini, bonus placement yang anda perolehi adalah 2.50. (250 x 1%)

*************************************************

Pada 5 Jan 2017, rakan anda bernama Siti berminat untuk join dengan modal USD100 (25CV).
Siti Downline ke-4.
Merujuk kepada baki ACV terakhir iaitu 0 sebelah kiri, 125 sebelah kanan, jadi akaun Siti perlu diletakkan di sebelah kiri, di bawah Isteri anda.
Susunan rangkaian, ACV dan perolehan bonus adalah seperti di bawah.



****************************************

Katakan pada 6 Jan 2017, Anda tidak menaja sesiapa tetapi Ahmad menaja rakan beliau bernama Kamal dengan modal USD500 (125CV).
Susunan rangkaian, ACV dan perolehan bonus adalah seperti di bawah.


Keterangan jadual :
Disebabkan Kamal di daftarkan oleh Ahmad, bonus sponser tidak di bayar kepada anda, tetapi kepada Ahmad.

Disebabkan Ahmad berada di sebelah kanan anda, tiada pertambahan ACV di sebelah kiri yang asalnya 0 : 100, anda tidak layak mendapat bonus Dual Team kerana selepas akaun Kamal di daftarkan ACV kiri tetap 0ACV. Cuma ada pertambahan ACV di sebelah kanan.

Walaubagaimanapun, anda mendapat Bonus Placement 1% dari CV Modal Kamal kerana anda sudah menaja 3 orang direct downline sebelum ini.

Walaupun di bawah rangkaian anda sudah ada 5 downline, Isteri, Ahmad, Siti, Abu dan Kamal. Anda belum layak menerima bonus Matching ETA kerana anda baru ada 4 Direct Downline. Kamal bukan Direct Downline anda kerana di taja oleh Ahmad.

****************************************************

Pada 7 Jan 2017, anda tidak menaja mana mana downline baru, tetapi Siti menaja rakan bernama Nora dengan modal USD3000 (750CV).
Susunan rangkaian, ACV dan perolehan bonus adalah seperti di bawah.



Keterangan Jadual :

Sama seperti kes Ahmad menaja Kamal, tiada bonus Sponser. tetapi berlaku pertambahan ACV di sebelah kiri kerana Siti berada di sebelah kiri anda, maka anda layak menerima bonus Dual Team 90.

***********************************************

Pada 8 Jan 2017, anda mendaftarkan seorang rakan bernama Saiful iaitu Downline ke -5 dengan modal USD1000 (250CV). Waktu ini, ACV anda adalah 525 kiri dan 0 kanan.

2 pilihan untuk meletakkan posisi Saiful :

1. Meletakkan Saiful di sebelah kanan anda untuk mendapatkan bonus Dual Team.

2. TETAPI SEKIRANYA ANDA INGIN ISTERI ANDA MENDAPAT BONUS DUAL TEAM, ANDA BOLEH SAHAJA MELETAKKAN SAIFUL DI BAWAH KANAN ISTERI ANDA, KERANA WAKTU INI ACV ISTERI ANDA ADALAH 750 KIRI, 0 KANAN. DAN JIKA SAIFUL DILETAKKAN DI SEBELAH BAWAH KANAN ISTERI, ANDA TIDAK DAPAT BONUS DUAL TEAM KERANA ISTERI BERADA DI SEBELAH KIRI ANDA TETAPI ISTERI DAPAT DUAL TEAM 100. (750 : 250)

Katakan anda meletakkan Saiful di sebelah kanan anda tidak kira bawah Abu atau Kamal.
Susunan rangkaian, ACV dan perolehan bonus adalah seperti di bawah.



Keterangan jadual :

Disebabkan anda memilih untuk meletakkan Saiful disebelah kanan anda, maka anda mendapat kesemua bonus termasuk bonus Matching ETA kerana Saiful adalah Direct Downline anda yang ke-5.
Jika anda lihat kepada total bonus yang anda perolehi dari penyertaan Saiful iaitu 177.50, bonus itu belum termasuk bonus Matching ETA. Ini kerana bonus Matching ETA di kira berdasarkan profit yang di terima oleh Saiful iaitu 3% dari profit Saiful tanpa mengurangkan profit Saiful. Setiap kali Saiful menerima profit, setiap kali itu lah anda menerima 3% dari profit Saiful. Dan anda juga akana menerima 3% dari profit downline downline anda sebelum ini dan setiap kali anda menaja downline baru atau downline anda menaja downline baru, anda terus layak menerima bonus Matching ETA ini.
Bonus Matching ETA di bayar sehingga 5 level. (Setiap seorang direct downline anda adalah level 1 Bonus Matching ETA anda, apabila Direct downline anda menaja downline, downline kepada direct downline anda tadi adalah level kedua Matching ETA anda.

Semakin ramai Direct downline anda dan semakin aktif downline anda, semakin besar bonus matching ETA yang akan anda terima setiap hari. Dan bonus ini semakin hari semakin membesar kerana profit yang di terima downline juga semakin bertambah setiap hari dan anda terus menerima bonus ini walaupun anda sudah berhenti menaja.

*******************************************

Pada 9 Jan 2017, anda tidak menaja sesiapa, begitu juga downline downline anda, tetapi Ahmad top up pelaburan dengan modal USD1000 (250CV)
Apa yang berlaku?
Tiada perubahan pada susunan rangkaian anda, tetapi pada ACV juga penghasilan bonus.


Keterangan jadual :

Walaupun Ahmad Direct Downline sedia ada anda, apabila Ahmad top up pelaburan, anda tetap layak menerima Bonus Sponser, Dual Team jika ACV imbang, Placement Bonus dan Matching ETA.

*****************************************************

Katakan dari 9 Jan 2017 sehingga 31 Jan 2017 tiada pertambahan downline atau tiada downline top up. Baki ACV terakhir 25 di sebelah kiri akan dibuang (Flushing). Masuk bulan baru, ACV anda kiri kanan menjadi 0 : 0 semula dan akan bertambah bila ada downline baru atau downline top up pelaburan mereka.

******************************************************

Jika anda faham bonus aktif ZG ini, anda akan nampak bahawa anda perlu berusaha kerasa di awal, lama kelamaan, bonus anda akan bergerak dengan sendiri dan semakin hari semakin besar bonus anda. Setiap 2 minggu minima ada 200 bonus aktif, boleh withdraw =)

DALAM ZG TAK WAJIB AKTIF, TAK WAJIB CARI ORANG. PILIHAN.
NAK INCOME LEBIH, SILA LAH AKTIF.
Blog, Updated at: 2:47:00 PM

0 comments:

Post a Comment