Fahami Transaksi Bitcoin

Fahami Transaksi Bitcoin Di ZenithGolds

cara tukarkan Bitcoin ke tunai ZG

Bermula pada bulan September 2017, ZG akan membuat pembayaran kepada ahli menggunakan Bitcoin juga Ethereum iaitu mata wang digital. Tiada lagi pembayaran ke akaun bank seperti sebelum sebelum nya. Rujuk sini

Bitcoin telah lama di gunakan, tetapi masih ramai yang kurang peka akan Bitcoin atau mata wang digital ini terutama mereka yang kurang dalam penggunaan teknologi kerana Bitcoin atau mata wang digital ini hanya boleh di gunakan dengan adanya internet.
Apatah lagi di Malaysia, ianya masih di anggap baru oleh masyarakat.

Di sebabkan hal di atas, ramai ahli ZG yang masih kebingungan tentang Bitcoin ini dan antara soalan yang di ajukan adalah...
"Bila duit akan masuk ke Bank"

Untuk persoalan "Bila duit akan masuk ke bank", ZG TIDAK AKAN MEMBUAT PEMBAYARAN KE AKAUN BANK LAGI KERANA MENGGUNAKAN BITCOIN DAN PEMBAYARAN MENGGUNAKAN BITCOIN AKAN BERMULA PADA SEPTEMBER 2017
Untuk mendapatkan atau menukarkan Bitcoin yang anda terima kelak daripada ZG, anda perlu membuat transaksi Bitcoin.
Jadi macam mana nak tukarkan Bitcoin kepada Tunai

Sebelum itu perlu di fahami bahawa Bitcoin adalah mata wang digital yang tidak mempunyai rupa atau bentuk fizikal seperti wang fiat, ianya hanya ada di internet. Nilai bitcoin hanya di tentukan dalam bentuk angka seperti di bawah.

00,000,000.00000000 Bitcoin

Setiap angka kosong mempunyai nilai dalam RM.
Lihat contoh di bawah.
Kuantiti bitcoin adalah 0.01234567 Bitcoin.
Harga semasa untuk kuantiti bitcoin tersebut adalah RM216.60



Di bawah pula adalah paparan dalam Wallet Bitcoin LUNO.
Jumlah Bitcoin dalam paparan di bawah adalah 0.013041 Bitcoin.
Harga semasa jumlah Bitcoin di bawah sewaktu Screenshort di ambil adalah RM143


Jadi di dalam ZG, apabila ZG memindahkan Bitcoin ke wallet Bitcoin anda, jumlah bitcoin anda akan bertambah, nilai RM yang terpapar adalah harga semasa bitcoin. Dalam contoh di atas, harga semasa Bitcoin adalah RM143. Apabila Bitcoin sebanyak 0.013041 itu di tukar kepada tunai (Jual Bitcoin). Anggaran wang yang akan di terima adalah sebanyak RM143. Harga semasa Bitcoin ini sentiasa berubah.

Jadi ZG memindahkan Bitcoin ke wallet anda, tugas ZG sudah selesai.
Untuk anda mendapatkan tunai daripada Bitcoin yang di pndahkan ZG tadi, anda perlu menjualkannya kepada pihak LUNO dan LUNO akan memidahkan tunai ke dalam akaun bank anda. Semestinya kuantiti Bitcoin anda akan berkurang kerana anda telah menjual nya kepada LUNO.

Bagaimana cara untuk menjual Bitcoin kepada LUNO seterusnya menerima Tunai dalam Bank daripada LUNO.

Untuk menjual bitcoin yang anda miliki (Yang di pindahkan oleh ZG ke dalam wallet Bitcoin LUNO)
langkahnya adalah seperti di bawah.

1. Cari menu "Sell Bitcoin" Dengan klik butang "More"


2. Set kuantiti Bitcoin yang ingin anda jual kepada LUNO.



Apabila anda set kuantiti yang ingin di jual, anggaran tunai yang akan di pindahkan ke akaun bank anda akan tertera di bawah kuantiti Bitcoin yang anda set. Dalam contohdi atas, saya ingin tukarkan (Jual) 0.005 Bitcoin, anggaran wang yang akan saya terima adalah RM90 Sebelum di tolak Fees.
3. Seterusnya klik Butang anak panah oren (2 paparan)
4. Masukkan 4 kod transaksi anda. Anggaran sebenar RM yang akan anda terima dengan menukarkan 0.005 Bitcoin setelah di tolak fees adalah RM88.25



5. Setelah berjaya menjual Bitcoin tadi kepada LUNO, LUNO akan memindahkan wang tunai ke dalam wallet LUNO anda terlebih dahulu.
6. Apabila jumlah RM di masukkan ke wallet LUNO anda, anda perlu membuat "Withdraw" iaitu untuk mengeluarkan tunai tadi ke akaun bank anda. Anda perlu set terlebih akaun bank anda untuk ke langkah seterusnya. Rujuk sini cara setup akaun bank dalam Wallet LUNO anda. Jika sudah set, pilih akaun bank yang anda set tadi, gambarajah adalah seperti di bawah setelah klik butang "Withdraw"


7. Set jumlah RM yang ingin anda keluarkan atau pindahkan ke Bank.

8. Klik butang anak panah berwarna oren (2 paparan)

7. Tunggu wang maasuk ke akaun bank. Selesai.

Cas pengeluaran tunai ke akaun bank dari LUNO adalah RM0.10

*************************************

Kepada anda yang belum mempunyai wallet Bitcoin, sila daftar dahulu wallet Bitcoin anda. Ianya percuma. Rujuk sini cara mendaftar wallet Bitcoin. Wallet Bitcoin yang di sarankan adalah LUNO kerana ianya memudahkan untuk menukarkan bitcoin kepada tunai.


Blog, Updated at: 2:40:00 AM

0 comments:

Post a Comment