Good Positive VS Bad Positive

Adakah Anda Masih Positif Dalam ZenithGolds?

Good Positive VS Bad Positive


Post ini bertarikh 1 November 2017....
Pada tarikh post ini di buat... Pelbagai masalah yang telah timbul di dalam ZenithGolds dan masalah yang paling ketara adalah pembayaran yang tertunggak sejak pengeluaran pada bulan April 2017.
Ada yang sudah dapat payment ada yang masih krik krik....
Apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam ZenithGolds?

Apakah anda masih positif dalam ZenithGolds?
Apakah admin masih positif dalam ZenithGolds?

Perkataan POSITIF...... Apa sebenarnya yang di maksudkan dengan "POSITIF"?
Ada "POSITIF YANG BAIK", ada pula "POSITIF YANG TIDAK BAIK"
POSITIF YANG BAIK adalah sikap positif yang disertai dengan pemikiran yang menggunakan akal yang waras.....
POSITIF YANG TIDAK BAIK pula adalah sikap positif yang membabi buta yang tidak menggunakan akal fikiran untuk berfikir dan membuat penilaian...

Apa sebenarnya yang berlaku dalam ZenithGolds?
Apa yang membuatkan bayaran tertunggak sehingga hampir 5 bulan?

Sebelum itu, admin mengakui bahawa sewaktu zaman 'kegemilangan ZenithGolds' dahulu, pelbagai post yang telah admin buat yang bercerita tentang itu yang bercerita tentang ini tentang zenithgolds.
Di dalam post post tersebut ada "PERCANGGAHAN FAKTA" yang admin sendiri tak nampak waktu itu yang mana kesilapan admin adalah percaya bulat bulat apa yang di ceritakan oleh ahli ahli ZenithGolds waktu itu dan tidak menyelidik tentang zenithgolds dari sumber luar yang lebih bersifat natural. Dan kesilapan admin juga adalah tidak mengendahkan teguran dan peringatan dari mereka yang mungkin sudah 'nampak' apa sebenarnya 'bisnes' zenithgolds ini... Ya.. Itu KESILAPAN admin.

Dalam post ini, admin tak berniat untuk bercerita panjang tentang Zenithgolds ini..
Jika anda ingin mencari, anda boleh cuba cari di Facebook..
Dalam post ini admin, admin hanya ingin bercerita tentang admin sendiri dan juga tentang dunia pelaburan....
Sedikit hint admin bagi....


Apakah admin masih positif dalam ZenithGolds?

Seperti yang admin tulis di atas..
Ada POSITIF YANG BAIK... ada POSITIF YANG TIDAK BAIK.

ZenithGolds adalah program pelaburan....
Bila sebut tentang pelaburan... Ianya adalah sesuatu yang berisiko... Dan ayat ini admin sering tekankan kepada rakan rakan yang ingin menceburkan diri dalam pelaburan...

Di dalam blog ini juga, sering admin ingatkan tentang dunia pelaburan.
Di bahagian footer blog ini juga, telah admin ingatkan bahawa ZenithGolds adalah pelaburan dan ianya adalah sesuatu yang berisiko..


Seperti yang telah admin nyatakan bahawa kesilapan admin adalah percaya bulat bulat apa yang di ceritakan oleh ahli zenithgolds dan tidak mengkaji zenithgolds ini dari sumber luar yang lebih bersifat neutral. Admin mengakui akan kesilapan tersebut.

Apakah anda masih positif dalam ZenithGolds?
Apakah admin masih positif dalam ZenithGolds?

Jawapan admin.....
Dalam ZenithGolds, tiada lagi positif...
Tapi dalam dunia pelaburan, admin tetap positif...
Ini kerana admin faham yang mana dalam dunia pelaburan senantiasa ada risiko walaupun pelaburan tersebut mendapat pengiktirafan, mempunyai lesen atau sebagainya yang mengikut garis perundangan negara dan admin sentiasa mengingatkan hal tersebut kepada rakan rakan yang ingin menyertai dunia pelaburan dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan..

Admin bukan sehari dua dan bukan sekali dua berada dalam dunia pelaburan online ini.. Sudah lama..
Dan sehingga ke hari ini admin masih belajar selok belok dunia pelaburan dan mungkin admin boleh katakan pelaburan online adalah bidang admin.. Tetapi itu bukan juga bermakna admin mengiyakan program yang berunsur Scam. Dalam ZenithGolds, apa yang admin belajar adalah tidak hanya percaya dengan omongan dari ahli ahli program itu sahaja.. Cuba cari fakta dari sumber luar..
Pelajaran lain yang admin dapat dari program program lepas, anda boleh baca di sini.

Apa yang sedang berlaku dalam ZenithGolds hari ini berdasarkan pengalaman admin?
'Bunga-bunga' yang dahulunya berkembang, sedang berguguran.....

Apakah anda masih positif dalam ZenithGolds?
TERPULANG KEPADA DIRI DAN PENILAIAN MASING MASING

Apakah admin masih positif dalam ZenithGolds?
Admin akan POSITIF jika ianya KENA PADA TEMPAT :)
Blog, Updated at: 10:44:00 PM

0 comments:

Post a Comment