Welcome Back ZenithGolds

Welcome Back ZenithGolds... We Miss You!

Maaf.. Tajuk sekadar Sarcastic!
Masih kah ada lagi harapan di dalam ZenithGolds?
Jawapannya....
LEBUR

Bermula di pertengahan tahun 2017..
ZG mula retak... Emas semakin susah nak dapat... Payment pending...
Penghujung bulan 12... Pelbagai alasan timbul...
Account MD kena suspend..
Duit sangkut di BNM...
Tunggu JP Morgan serah balik duit ke Zenithgolds lah...
Sistem pembayaran di tukar 100% ke Bitcoin
Tak lama lepas itu.. Login page berubah wajah.. huhu... ZenithGolds akan wujudkan coin sendiri dan akan bayar profit dalam bentuk coin

zenithgolds tipu

Dari awal bulan 1 2018.. duk macam tu jugalah web zenithgolds.io tu.. tak kurang tak ada lebih walau 1 huruf.. SOON je lah sampai kesudah..

zenithgolds tipu

*************************************

Apakah company ZenithGolds ni benar benar wujud?
Di dalam Program ZenithGolds ni ada pangkat MD atau Master Dealer..
Kononnya ada 4 Master Dealer...

zenithgolds tipu

Soalan pertama.....
ADA SESIAPA PERNAH BERJUMPA DENGAN 3 MASTER DEALER ZG SELAIN MASTER DEALER SABRI?
Ilek! Pochik!

Yang mana 1 MASTER DEALER SABRI? Yang sebelah kiri berkot kelabu...
Kalau belum kenal la...


Kenapa saya cakap ZenithGolds dah lebur??
Jom lihat sejarah hidup Si Master Dealer Sabri ni..


Kes kutu guna wang pos.. Ini saya pernah tanya sendiri dengan si Sabri ni tentang berita ini.. Jawapan dia.... Media Twist cerita... Twist cam na tak tau lah.. Katanya dia menang kes.. Ok lah..

Waktu tu, saya tak tau lagi sejarah dia di bawah..


Pernah jadi Master Introducer Broker Forex dalam CybertrustFX.. Hebat Sabri ni.. Semua dia boleh.. huhu..



RGCX ni saya tak tau cerita...


Cukup lah kot...
Adakah masih ada harapan dalam ZenithGolds??? Nilai sendiri yer...
Kalau tanya saya, da hancus dah..

Jadi kemana duit pelabur pergi??? Sangkut di Bank?
Di JP Morgan?
Dalam alam bunian?
Dalam poket Sabri le...


*******************************************************

Di atas cerita Sabri???
Cerita pasal kita si pelabur ZenithGolds pula... Apa cerita???
Apa yang kita belajar dari ZenithGolds????

Saya juga adalah ahli ZenithGolds dan blog ini semua dari penulisan saya..

Kesilapan pertama 1..
Saya percaya bulat bulat apa yang di canang oleh ahli ahli ZG sebelum saya...
Company UK.. Percaya...
Ada lombong emas.. Percaya...
Ada link dengan JP Morgan... Percaya...
Company dah wujud berpuluh tahun.. Percaya...

Kesilapan kedua saya....
Tak peduli apa yang di canang oleh para Haters di luar sana... Ada terbaca tentang ZG ni scam, Sabri ni penipu.. Tapi buat buat buta buat buat pekak...

Kesilapan 3 saya....
Tak selidik habis habis......

Kenapa saya tulis KESILAPAN SAYA? Sebab itu memang silap saya... Silap anda?? Anda cari sendiri.. Kalau anda rasa anda lakukan kesilapan yang sama, bagus lah..

Apa yang saya belajar dari KESILAPAN SAYA?

Pelajaran 1....
Kalau cerita pum pang pum pang, bukti tak ada... Tak payah dengar tak payah percaya... Budak tadika pun boleh cerita dia pernah naik roket ke bulan!

Pelajaran kedua...
Jangan langsung tak peduli kata kata negatif... Bila ada kata kata negatif, itu akan membuatkan kita berfikir secara lebih neutral dan dapat membuat penilaian yang lebih baik tentang baik buruk 1 1 keputusan yang akan di ambil... Tak la merasa yang  company tu paling baik walaupun company tu paling ceroi!! Waktu payment cantik ZenithGolds la paling THE BEST THE REST THE RARE.. huhuhu... Kan kan kan...

Pelajaran ketiga...
Sekarang tak susah dah nak tau satu satu benda tu... Semua hujung jari.. Tanya je pakcik google.. Nanti pakcik Google bagitahu la benda tu betul atau tak.. Lepas tu, pandai pandai la menilai noooo...

Setiap orang ada cara berfikir dia sendiri....

Dalam kes ini, saya tak salahkan Si Sabri 100%.... Sebab saya pun salah dari kesilapan kesilapan yang saya tulis di atas... Bak kata P.Ramlee dalam filem 3 Abdul..
DIA TU PENIPU, YANG KAU PERCAYA CAKAP DIA TU KENAPA?
KAU YANG BODOH!!!
Ye tak ye juga kan... krik krik krik... 

Bagaimana pula cara anda berfikir???

Sebelum nak maki hamun, sila tengok silap diri sendiri dulu ye...
Rewind balik.. Adakah anda menyertai ZG atas paksaan orang lain? Kalau di paksa.. sila cari orang yang paksa anda join ZG dulu.. huhuhu.
Tapi kalau tak ada yang paksa, anda join ZG dengan rela hati, sebelum nak meroyan, nak caci maki si Sabri, upline atau yang bersangkut paut dengan ZG, sila maki diri sendiri dulu sebab diri sendiri pun tuttttttt... haaaa. kan kan kan..

Atau...

Selepas anda baca post ini, masih nak kata ZenithGolds ni betul atau masih nak back up si Sabri ni....
Saya beranggapan anda mungkin terlalu banyak makan Meggie ... LOL.

******************************************************

Setiap orang BERHAK BUAT KEPUTUSAN DIA SENDIRI dan ORANG LAIN TAK BERHAK MENENTUKAN KEPUTUSAN ORANG LAIN...
Kita sebagai orang lain hanya boleh tegur atau mengingatkan sahaja...
Orang tu terima atau tak, itu dia punya pasal..
Cara tegur, cara mengingatkan pun, mau ada adab ma...
Ini pesan saya kepada mereka yang dulu saya anggap 'HATERS'..
Apa apa pun terima kasih di ucapkan sebab mengingatkan saya dan beri amaran kepada saya yang ZenithGolds ni program Scam.
Cuma cek yang ketegaq tak mau dengar cakap.. Sebab... Berbalik kepada point di atas.
FAIR N SQUARE.. Right?

Nasi dah jadi bubur... Maki hamun pun tak ada guna tak menyelesaikan masalah. 
Jadi sama sama belajar dari kesilapan di ZenithGolds.
Saya pun bukan sekali ni dalam program macam ni..
Pada saya, program seperti ini memang saya dah tau inilah risikonya...
dan berbalik kepada point SETIAP ORANG BERHAK BUAT KEPUTUSAN DIA SENDIRI...
Jadi kalau kata orang tu belum serik dengan benda benda macam ni, biarkan...
kalau kata dah serik, pun biarkan...
Sendiri punya duit, sendiri atur mana nak tabur....
Program program macam ni memang tak kan pernah habis..
akan terus tumbuh bak cendawan selepas hujan.. cewah, berbunga bunga pula bahasa..

"APA NASIB KAMI YANG DAH LABUR BANYAK TAPI TAK DAPAT APA APA HASIL NI?
SI SABRI TU TAK KAN NAK LEPAS MACAM TU JER? ESOK ESOK DIA BUAT PROGRAM APA PULA TUK MENIPU???"

Saya memang tak berapa tahu cara nak buat repot penipuan macam ni, tapi untuk dapat balik modal tu, memang sangat payah terutama kes program seperti ini. Tapi sekurang kurang nya boleh bawa si Sabri ni ke pengadilan, Itu sahaja.
Saya cuba google cara buat report dan tuntutan wang dari program seperti ini dan saya terjumpa web suruhanjaya security di bawah.

https://www.sc.com.my/my/post_archive/sc-to-restitute-victims-of-illegal-futures-and-equity-trading-scheme-2/

Kebiasannya laporan secara perseorangan agak sukar berbanding secara berkumpulan.

Kepada mana mana ahli yang mengetahui cara untuk membuat tuntutan atau ingin membuat perjumpaan mangsa mangsa penipuan untuk membuat report secara berkumpulan boleh tinggalkan mesej di Fan Page blog ini dan saya akan update kemudian.

"TIDAK KIRA APA JENIS PELABURAN, ANDA TERDEDAH KEPADA RISIKO KEHILANGAN WANG ANDA. BERFIKIR SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN"
Blog, Updated at: 8:54:00 AM

0 comments:

Post a Comment