Teknik Pelaburan

Teknik Buat Duit Dalam Pelaburan

Dalam dunia pelaburan, tentu anda pernah mendengar kata kata di bawah
"Don't Put All Eggs In One Basket"


Maksudnya, jika ada wang yang banyak dan ingin menggandakan wang tersebut melalui pelaburan, jangan hanya buat pelaburan hanya pada satu sumber, tetapi pelbagaikan sumber pelaburan itu walaupun satu satunya pelaburan yang anda buat itu mampu memberikan pulangan yang berlipat kali ganda. Tetap perlu mempelbagaikan sumber pelaburan tersebut.

Ini kerana, pelaburan adalah sesuatu yang berisiko.
Banyak faktor yang menyumbang kepada terjadinya kerugian.
Seandainya kesemua wang yang ada di laburkan hanya pada satu tempat, jika berlaku apa apa yang tidak diingini, habis kesemua wang tersebut. Tiada lagi Back-up.

Dan inilah antara kesilapan pelabur pelabur.
Hanya tertumpu pada satu sumber pelaburan sahaja.
Terlalu kelabu mata dengan pulangan yang bakal di perolehi sehingga kesemua wang di laburkan hanya pada sumber tersebut. Malah ada yang sanggup melakukan pinjaman untuk mendapatkan modal supaya mendapat pulangan yang tinggi, tanpa memikirkan risiko.

Dunia pelaburan sangat berbeza dengan dunia networking.
Dunia networking, Fokus hanya pada 1, baru boleh buat duit.
Dunia pelaburan, yang bekerja adalah duit. Modal RM10 memang la tak jadi apa.
Dunia networking, yang bekerja adalah usaha diri sendiri. Modal RM10, kena cara, network kembang, tak mustahil boleh dapat income berpuluh K.

********************************

Teknik Buat Duit Dalam Dunia Pelaburan (Modal Kecil)

Jika anda tahu bermain dengan dunia pelaburan tak kiralah pelaburan diiktiraf ke tak diiktiraf ke, ada lesen ke tak ada lesen ke, anda cuma perlu keluarkan modal sekali sahaja untuk buat duit berkali kali.
Susun strategi.

Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang besar untuk memulakan pelaburan, anda boleh memulakannya dengan modal yang kecil. Syarat pandai intai peluang.
Dari pelaburan yang tidak memerlukan modal yang besar, dapat pulangan yang semestinya berganda, intai pula peluang yang lain yang mungkin modal sedikit besar. Modal besar, pulangan juga bertambah besar. Jangan hanya menumpu pada satu sumber atau jika ingin kekal dalam pelaburan sedia ada, tetap cari peluang lain. Tetapi cuba hanya gunakan duit dari keuntungan yang diperolehi.
Ramai yang bila dah dapat keuntungan dari pelaburan A misalnya, keuntungan tersebut tetap digunakan untuk menambah modal dalam pelaburan A juga. Disini tetap hanya ada satu sumber pelaburan. Apa apa berlaku, tiada lagi back up dan "kesemua telur yang anda letakkan di bakul tersebut akan pecah". Gunakan keuntungan dari pelaburan A untuk intai peluang di tempat lain.
Jangan hanya fokus pada 1.

Teknik Buat Duit Dalam Dunia Pelaburan (Modal Besar)

Jika anda mempunyai wang yang banyak, jangan pula gunakan kesemua wang tersebut hanya pada satu pelaburan. Pecah pecahkan wang tadi dengan melabur di tempat tempat yang berbeza.
Sama keadaan dengan di atas. Jika kesemua wang hanya di laburkan pada 1 tempat, apa apa berlaku, anda akan kehilangan kesemua wang berbanding anda melabur di banyak tempat.

"JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN PULANGAN YANG BAKAL DIPEROLEHI SEHINGGA MELUPAKAN RISIKO DAN DUNIA PELABURAN PENUH DENGAN RISIKO"

Dalam dunia pelaburan,
Jika untung, disebabkan keputusan juga strategi yang di buat diri sendiri.
Jika rugi, juga di sebabkan keputusan juga strategi diri sendiri.

********************************************

Sebelum buat duit di ZG, admin menyertai ZG menggunakan modal atas angin, iaitu dari keuntungan program yang lepas. Hanya menggunakan modal yang paling minima untuk menghasilkan income di ZG (Income Aktif)

Jika dulu mula mula kenal dunia pelaburan ni, Nak invest dalam 1 pelaburan sahaja, tiada modal walaupun modalnya agak kecil,
kini, hanya dari pendapatan di ZG, admin boleh join 2 pelaburan yang berbeza.
Hanya keluarkan sekali modal untuk mendapatkan hasil dari pelbagai sumber.

********************************************

Baru berjinak jinak dalam dunia pelaburan? Tiada modal yang tinggi? Anda boleh mulakannya dari sini... Budak sekolah pun mampu join.

Anda ahli ZG, dah ada hasil dalam ZG tiap bulan, nak tambah "bakul"?
Boleh sertai program ini atau ini

Ingat... "Don't Put All Eggs In One Basket!"
Blog, Updated at: 8:09:00 AM

0 comments:

Post a Comment